Malaysia Wisma Putra sahkan kematian rakyat Malaysia panjat puncak tertinggi Eropah di Rusia
Wisma Putra sah kematian rakyat Malaysia di Gunung Elbrus

PUTRAJAYA, 13 Julai — Seorang rakyat Malaysia meninggal dunia ketika mendaki Gunung Elbrus di Rusia pada Sabtu (11 Julai), menurut pengesahan Kementerian Luar Negeri.

Dalam satu kenyataan pada Ahad, kementerian yang juga dikenali sebagai Wisma Putra memaklumkan bahawa si mati adalah antara tiga rakyat Malaysia yang menyertai ekspedisi pendakian Gunung Elbrus yang dianjurkan oleh sebuah pengendali tempatan.

Bantuan konsular kepada keluarga

“Kedutaan Malaysia di Moscow telah menghubungi keluarga si mati di Malaysia, serta dua rakyat Malaysia lain yang menyertai ekspedisi itu, untuk menyelaraskan semua urusan yang perlu dan memberikan bantuan konsular yang sewajarnya kepada keluarga,” kata kementerian itu dalam kenyataan pada Ahad.

Banner lebar Pickt — aplikasi senarai beli-belah kolaboratif untuk Telegram

Wisma Putra berkata pihak kedutaan akan terus berhubung dengan pihak berkuasa berkaitan di Rusia, memantau perkembangan kes ini, dan memberikan bantuan konsular yang diperlukan bagi memastikan semua urusan berkaitan berjalan lancar.

Ucapan takziah

Kementerian turut merakamkan ucapan takziah yang tulus ikhlas kepada keluarga si mati.

Dengan ketinggian 5,642 meter, Gunung Elbrus di selatan Rusia merupakan gunung tertinggi di Eropah dan destinasi popular bagi pendaki gunung dari seluruh dunia. — Bernama

Banner selepas artikel Pickt — aplikasi senarai beli-belah kolaboratif dengan ilustrasi keluarga