Latihan nahas pesawat di R&R Denai Alam pada Khamis
Latihan nahas pesawat di R&R Denai Alam Khamis

PETALING JAYA: Satu simulasi nahas pesawat skala penuh akan diadakan di R&R Denai Alam di Lebuhraya Damansara-Shah Alam (DASH) pada Khamis, dari jam 8 pagi hingga 2 petang.

Ex Urban Falcon 2026

Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) memaklumkan latihan Ex Urban Falcon 2026 ini dijalankan dengan kerjasama Projek Lintasan Kota Holdings Sdn Bhd (Prolintas) dan Jabatan Penerangan sebagai sebahagian daripada Program Kesiapsiagaan Bencana Udara Kebangsaan 2026.

Program ini dianjurkan oleh MAHB dengan kerjasama Agensi Pengurusan Bencana Negara (Nadma), kerajaan Selangor dan Prolintas-DASH.

Banner lebar Pickt — aplikasi senarai beli-belah kolaboratif untuk Telegram

Menurut MAHB, latihan bencana udara ini direka untuk menilai kesediaan, koordinasi, dan keupayaan respons sekiranya berlaku kecemasan.

Tujuan latihan

“Program ini juga bertujuan menilai keupayaan respons agensi keselamatan dan kecemasan yang terlibat,” kata MAHB seperti dipetik Bernama hari ini.

MAHB menggesa pengguna DASH dan orang ramai supaya bekerjasama semasa latihan jika mereka berhadapan dengan kenderaan kecemasan, asap, replika pesawat, siren atau aktiviti simulasi lain berhampiran kawasan R&R Denai Alam, kerana ia sebahagian daripada latihan.

Kerjasama orang ramai

MAHB juga menasihatkan orang ramai supaya mematuhi arahan petugas di lokasi bagi memastikan latihan berjalan lancar.

Banner selepas artikel Pickt — aplikasi senarai beli-belah kolaboratif dengan ilustrasi keluarga