KANGAR: Seorang pempengaruh media sosial berusia 23 tahun direman tujuh hari bermula hari ini bagi membantu siasatan kes rogol dan merakam gambar pornografi seorang remaja perempuan bawah umur, bulan lepas.
Perintah reman dikeluarkan Mahkamah Majistret Kangar
Ketua Polis Kangar, Yusharifuddin Mohd Yusop, berkata perintah reman terhadap pembantu kedai kasut di Kuala Lumpur itu dikeluarkan Majistret Ana Rozana Mohd Nor di Mahkamah Majistret di sini.
Beliau berkata, kejadian dipercayai berlaku 17 Jun lalu, selepas suspek didakwa membawa mangsa berusia 14 tahun 11 bulan ke sebuah rumah sewa di sini.
Suspek dipercayai merakam gambar mangsa
“Suspek juga dipercayai merakam gambar mangsa semasa kejadian itu,” katanya dalam kenyataan.
Menurutnya, mangsa dijadualkan menjalani pemeriksaan perubatan di Hospital Tuanku Fauziah di sini, hari ini.
Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan
Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan dan Seksyen 5 Akta Kesalahan-kesalahan Seksual terhadap Kanak-kanak 2017.



