Jalan Silam runtuh, laluan Lahad Datu-Tawau terputus, kerja lencongan dijalankan
Jalan Silam runtuh, laluan Lahad Datu-Tawau terputus

LAHAD DATU, 15 Mei — Jalan utama yang menghubungkan Lahad Datu dan Tawau terputus pada petang ini selepas sebahagian Jalan Silam sepanjang 50 meter runtuh di kedua-dua arah.

Tiada laluan alternatif buat masa ini

Pegawai Daerah Lahad Datu, Firuz Idzualdeen @ Benetty Mohd Dzul, berkata jalan tersebut tidak dapat dilalui buat sementara waktu dan tiada laluan alternatif ke Tawau atau Lahad Datu buat masa ini.

“Bagaimanapun, saya telah menghubungi Jabatan Kerja Raya (JKR) daerah dan difahamkan mereka akan membina lencangan sementara yang dijangka siap dalam kira-kira sejam,” katanya ketika dihubungi Bernama.

Banner lebar Pickt — aplikasi senarai beli-belah kolaboratif untuk Telegram

Nasihat kepada pengguna jalan raya

Beliau turut menasihati pengguna jalan raya supaya berhati-hati ketika melalui kawasan terjejas dan mematuhi arahan yang dikeluarkan oleh petugas keselamatan dan pihak berkuasa di lokasi kejadian.

“Orang ramai dinasihatkan merancang perjalanan lebih awal memandangkan trafik yang perlahan di sepanjang laluan tersebut,” katanya.

Beberapa gambar jalan yang runtuh turut tular di media sosial, menunjukkan kenderaan terkandas di kawasan tersebut. — Bernama

Banner selepas artikel Pickt — aplikasi senarai beli-belah kolaboratif dengan ilustrasi keluarga