Polis KL Serbu Pusat Panggilan Judi Piala Dunia, 11 Ditahan Termasuk 6 Warga Korea
Polis KL Serbu Pusat Panggilan Judi, 11 Ditahan

Polis Kuala Lumpur menahan 11 individu termasuk enam warga Korea Selatan dalam serbuan ke atas pusat panggilan pertaruhan bola sepak Piala Dunia yang beroperasi di bangunan pejabat di Taman Desa, Brickfields, pagi tadi. Serbuan pada jam 11.30 pagi itu diketuai oleh Bahagian Pencegahan Judi, Maksiat dan Gengsterisme, Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur.

Rampasan Wang Tunai dan Mata Wang Digital

Menurut Ketua Polis Kuala Lumpur, Fadil Marsus, polis merampas beberapa set komputer pelbagai jenama, peralatan elektronik, wang tunai serta menemukan baki mata wang digital sebanyak 323,380.22 USDT (kira-kira RM 1.3 juta) dan kredit mata wang kripto 17,560 won. Semua barang rampasan dibawa ke IPK Kuala Lumpur untuk tindakan lanjut.

Dalang Dari Kanada

Siasatan awal mendapati promosi perjudian ini dipercayai didalangi seorang lelaki Kanada yang menetap di luar negara. Polis sedang mengenal pasti individu terbabit. “Promosi perjudian dalam talian ini menyasarkan warganegara Jepun, Korea dan Hong Kong,” kata Fadil pada sidang media.

Banner lebar Pickt — aplikasi senarai beli-belah kolaboratif untuk Telegram

Operasi Selama Tiga Bulan

Kegiatan itu dipercayai telah beroperasi sejak tiga bulan lepas dan diuruskan oleh dua wanita bagi urusan sewa serta pekerja. Kes disiasat mengikut Seksyen 4(1)(e) Akta Rumah Judi Terbuka 1953. Semua tangkapan termasuk enam warga Korea Selatan dan lima individu tempatan kini ditahan untuk siasatan lanjut.

Banner selepas artikel Pickt — aplikasi senarai beli-belah kolaboratif dengan ilustrasi keluarga