Polis tangkap dua lelaki di Klang berkaitan tembakan di Bangsar
Polis tangkap dua lelaki di Klang kes tembakan Bangsar

KUALA LUMPUR, 23 April — Polis menahan dua lelaki semalam selepas mengesan suspek yang terlibat dalam insiden tembakan di Jalan Telawi, Bangsar.

Menurut laporan The Star, Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Fadil Marsus berkata suspek berusia 27 dan 33 tahun itu telah direman selama tujuh hari sehingga Rabu depan.

“Kami menahan dua lelaki tempatan untuk membantu siasatan. Sebilah pistol dengan sebutir peluru hidup dan replika pistol turut dirampas,” katanya.

Banner lebar Pickt — aplikasi senarai beli-belah kolaboratif untuk Telegram

Suspek dilaporkan ditahan di Klang, Selangor kira-kira pukul 11.45 malam.

Fadil berkata pemeriksaan mendapati seorang daripada lelaki itu mempunyai lima kesalahan terdahulu, manakala seorang lagi mempunyai 17 kesalahan.

Beliau menambah siasatan terhadap kejadian tembakan itu masih berjalan.

Banner selepas artikel Pickt — aplikasi senarai beli-belah kolaboratif dengan ilustrasi keluarga