KUALA LUMPUR: Kerajaan akan mengkaji landskap industri radio menerusi penelitian Dasar Penyiaran Negara bagi memperkukuh ekosistem penyiaran, kata Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil.
Kajian oleh SKMM selari dengan dasar sedia ada
Beliau berkata, kajian itu akan dilaksanakan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) selari dengan Dasar Industri Kreatif Negara dan agenda Majlis Ekonomi Jingga. Menurutnya, perkara itu antara yang dibincangkan pada sesi townhall bersama pengurusan dan pemain industri radio tempatan bagi mendengar pandangan, cabaran serta cadangan dalam memperkasakan ekosistem penyiaran negara.
Perbincangan termasuk kandungan muzik tempatan dan pelesenan
“Antara perkara yang dibincangkan ialah usaha meningkatkan kandungan muzik tempatan, model pelesenan, kelangsungan industri radio serta bagaimana sektor ini dapat terus berkembang dalam landskap digital yang tumbuh dengan pesat,” katanya dalam hantaran Facebook.
Jelasnya, kerajaan akan terus bekerjasama rapat dengan pemain industri bagi memastikan radio tempatan kekal relevan, berdaya saing dan terus menjadi medium yang dekat dengan rakyat.



