Ibu tunggal rugi RM60,500 dalam penipuan cinta di TikTok
Ibu tunggal rugi RM60,500 dalam penipuan cinta TikTok

KUALA TERENGGANU, 10 Mei — Seorang ibu tunggal kerugian RM60,500 selepas terpedaya dengan sindiket penipuan cinta bulan lalu.

Mangsa kenal suspek di TikTok

Ketua Polis Daerah ACP Azli Mohd Noor berkata mangsa yang berusia lewat 30-an itu berkenalan dengan seorang suspek lelaki di TikTok sebelum berkomunikasi melalui WhatsApp.

Beliau berkata selepas beberapa hari berkenalan, suspek meminta mangsa memindahkan RM500 kononnya untuk perbelanjaan hotel.

Banner lebar Pickt — aplikasi senarai beli-belah kolaboratif untuk Telegram

“Mangsa yang bekerja sebagai pembantu kedai membuat pemindahan pada 10 April. Namun, beberapa hari kemudian, suspek meminta mangsa meminjamkan RM60,000 kononnya untuk mengaktifkan semula akaun banknya yang dibekukan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Mangsa buat pinjaman peribadi

Azli berkata mangsa membuat pinjaman peribadi dan memindahkan jumlah tersebut bersama simpanannya berjumlah RM60,000 ke dalam akaun yang ditentukan suspek pada 24 April.

Beliau berkata mangsa menyedari ditipu selepas gagal menghubungi suspek beberapa hari kemudian.

Mangsa membuat laporan polis pada jam 10.01 malam semalam atas nasihat keluarga, dan kes disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan. — Bernama

Banner selepas artikel Pickt — aplikasi senarai beli-belah kolaboratif dengan ilustrasi keluarga