Nik Zawawi dipanggil Jaheaik, beri keterangan isu hina sahabat Nabi
Nik Zawawi beri keterangan kepada Jaheaik isu sahabat Nabi

PETALING JAYA: Ahli Parlimen Pasir Puteh Nik Muhammad Zawawi Nik Salleh hadir ke pejabat Bahagian Penguatkuasaan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan (JAHEAIK) di Balai Islam Lundang, Kota Bharu pagi tadi bagi memberi keterangan berkaitan dakwaan kenyataan menghina sahabat Nabi Muhammad.

Beliau tiba kira-kira pukul 10.40 pagi dan sesi keterangan berlangsung selama lebih kurang sejam. Dalam pada itu, Nik Zawawi menyatakan bahawa beliau dipanggil untuk membantu siasatan berhubung kenyataan yang dibuatnya semasa satu kuliah agama baru-baru ini.

“Selepas dipanggil pihak polis baru-baru ini, hari ini saya pula dipanggil Jaheaik untuk memberi keterangan mengenai isu yang sama. Saya memberikan kerjasama penuh kepada mereka dan berharap perkara ini dapat diselesaikan,” katanya seperti yang dilaporkan oleh Harian Metro.

Banner lebar Pickt — aplikasi senarai beli-belah kolaboratif untuk Telegram

Ditanya mengenai kecaman berterusan yang diterimanya walaupun sudah memohon maaf secara terbuka, beliau berkata: “Tidak mengapa. Mereka akan menanggung dosa sendiri kerana dosa saya akan dipindahkan kepada mereka.”

Siasatan JAHEAIK dijalankan mengikut beberapa seksyen dalam Enakmen Kanun Jenayah Syariah, termasuk Seksyen 7 kerana didakwa memutarbelitkan ajaran Islam, Seksyen 30 kerana mengeluarkan kata-kata yang boleh memecahkan keamanan awam, serta Seksyen 120 Enakmen Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) kerana menghina agama.

Sebelum ini, polis telah mengambil 65 keterangan berkaitan kontroversi yang melibatkan Nik Zawawi mengenai sahabat Nabi Muhammad. Ketua Polis Kelantan Yusoff Mamat memaklumkan bahawa 63 laporan polis diterima dari seluruh negara setakat ini, dan kes disiasat mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 serta Seksyen 298 Kanun Keseksaan.

Banner selepas artikel Pickt — aplikasi senarai beli-belah kolaboratif dengan ilustrasi keluarga