Serpihan Tulang Paus Sah Ditemui di Perairan Desaru, Johor
Serpihan Tulang Paus Ditemui di Desaru, Johor

Serpihan Tulang Paus Sah Ditemui di Perairan Desaru

JOHOR BAHRU, 22 Mei — Jabatan Perikanan Johor telah mengesahkan penemuan serpihan tulang yang dipercayai tergolong dalam spesies paus di kawasan sekitar Pantai Desaru, Kota Tinggi, baru-baru ini.

Menurut kenyataan jabatan itu, specimen tersebut ditemui oleh seorang pelancong Singapura pada 3 Mei lalu. Pelancong tersebut kemudiannya menghantar notifikasi e-mel kepada Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan).

"Kami menerima maklumat mengenai penemuan itu pada 12 Mei. Selepas itu, tindakan segera diambil dengan menghantar empat anggota dari Pangkalan Konservasi dan Perlindungan Perikanan (PKOPP) Tanjung Sedili ke lokasi untuk bertemu dengan pengadu dan mengambil specimen," kata jabatan itu dalam satu kenyataan.

Banner lebar Pickt — aplikasi senarai beli-belah kolaboratif untuk Telegram

Specimen tulang tersebut kini telah dihantar ke Institut Penyelidikan Perikanan (FRI) di Rantau Abang, Terengganu, untuk pengenalpastian spesies dan analisis lanjut.

Kes ini melibatkan peruntukan undang-undang di bawah Peraturan-Peraturan Perikanan (Kawalan Spesies Ikan Terancam) 1999, Seksyen 27 Akta Perikanan 1985. — Bernama

Banner selepas artikel Pickt — aplikasi senarai beli-belah kolaboratif dengan ilustrasi keluarga