TLDM jumpa mayat ke-11 bot karam Indonesia, tiga masih hilang
TLDM jumpa mayat ke-11 bot karam Indonesia, tiga hilang

IPOH, 15 Mei — Seorang lagi mangsa bot yang membawa pendatang Indonesia karam di perairan Pulau Pangkor ditemukan pagi ini, menjadikan jumlah mayat yang berjaya ditemukan setakat ini sebanyak 11 orang.

Penemuan mayat ke-11

Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Perak memaklumkan bahawa mayat seorang mangsa lelaki ditemukan oleh Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) pada jam 9.27 pagi, terletak kira-kira 5.6 batu nautika dari lokasi kejadian.

“Mayat tersebut ditemukan oleh aset TLDM (FCB 1001) dan dibawa ke Jeti Polis Marin Kampung Acheh pada jam 10.20 pagi,” kata kenyataan APMM.

Banner lebar Pickt — aplikasi senarai beli-belah kolaboratif untuk Telegram

Operasi SAR hari kelima

Operasi mencari dan menyelamat (SAR) yang memasuki hari kelima disambung semula pada jam 7 pagi hari ini, meliputi jumlah radius pencarian kira-kira 215.14 batu nautika persegi dari lokasi kejadian.

Operasi SAR melibatkan tujuh aset iaitu Kapal Maritim KM Malawali (APMM), Benteng 1203 (APMM), KD Sri Indera Sakti (TLDM), FCB 1001 (TLDM), FCB 1030, PSC 16 (Polis Marin) dan PSC 24 (Polis Marin), yang memberi tumpuan untuk mencari tiga lagi mangsa yang masih hilang.

Kronologi kejadian

Dalam kejadian pada 11 Mei lalu, sebuah bot yang dipercayai membawa 37 pendatang Indonesia karam kira-kira 8.2 batu nautika dari Pulau Pangkor dalam perjalanan ke beberapa destinasi di Malaysia.

Setakat ini, seramai 23 mangsa telah berjaya diselamatkan. — Bernama

Banner selepas artikel Pickt — aplikasi senarai beli-belah kolaboratif dengan ilustrasi keluarga