Reman 2 suspek kes bunuh di Ketereh dilanjutkan lagi seminggu
Reman dua suspek kes bunuh di Ketereh dilanjutkan

KOTA BHARU: Dua remaja lelaki yang ditahan bagi membantu siasatan kes pembunuhan seorang pelajar kolej perempuan yang ditemukan dengan 61 kesan tikaman telah direman tambahan selama seminggu.

Perintah reman terhadap dua suspek berusia 19 tahun itu dikeluarkan oleh Majistret Rais Imran Hamid di Mahkamah Majistret di sini hari ini.

Kedua-dua suspek tiba di mahkamah pada pukul 8.50 pagi dengan memakai pakaian lokap, bergari dan dikawal oleh pegawai polis. Mereka sebelum ini telah direman selama tujuh hari. Tempoh reman awal mereka berakhir hari ini.

Banner lebar Pickt — aplikasi senarai beli-belah kolaboratif untuk Telegram

Dalam kejadian pada 1 Mei lalu, mayat mangsa ditemukan dengan 61 kesan tikaman di atas jalan berhampiran sawah padi di Kampung Simah, Ketereh. Mangsa dipercayai dibunuh di tempat lain dan mayatnya dibuang di lokasi tersebut.

Empat suspek berusia antara 19 hingga 66 tahun kemudiannya ditahan bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan. Dua individu warga emas telah dibebaskan selepas direman selama tiga hari.

Banner selepas artikel Pickt — aplikasi senarai beli-belah kolaboratif dengan ilustrasi keluarga