Pelajar maut, seorang kritikal akibat renjatan elektrik di sekolah Sarawak
Pelajar maut, seorang kritikal akibat renjatan elektrik di sekolah

SIBU, 7 Mei — Satu tragedi menimpa sebuah sekolah menengah di Daro, Bahagian Mukah, malam tadi apabila seorang pelajar Tingkatan Empat maut dan seorang lagi cedera parah selepas dipercayai terkena renjatan elektrik ketika mengambil wuduk untuk solat Maghrib.

Insiden di kawasan wuduk

Ketua Polis Daerah Matu Daro, DSP Rahim Mihos, berkata polis menerima maklumat daripada pihak sekolah kira-kira jam 8 malam berhubung kejadian yang melibatkan tiga pelajar di kawasan wuduk sekolah tersebut.

Menurutnya, seorang mangsa berusia 16 tahun disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh pegawai perubatan.

Banner lebar Pickt — aplikasi senarai beli-belah kolaboratif untuk Telegram

“Seorang lagi mangsa, berusia 15 tahun dan merupakan pelajar Tingkatan Tiga, mengalami kecederaan serius dan telah dikejarkan ke Hospital Daro sebelum dirujuk ke Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Sibu untuk rawatan lanjut,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Rahim berkata seorang lagi pelajar lelaki berusia 15 tahun yang turut berada di lokasi kejadian tidak mengalami sebarang kecederaan.

Mayat dihantar ke hospital

Beliau berkata mayat mangsa telah dibawa ke Hospital Daro untuk tindakan lanjut dan kes masih dalam siasatan. — Bernama

Banner selepas artikel Pickt — aplikasi senarai beli-belah kolaboratif dengan ilustrasi keluarga