KUALA LUMPUR, 1 Mei — Ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka melanda hampir semua negeri di seluruh negara sehingga jam 6.00 petang ini.
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran pada jam 3.50 petang, menyatakan negeri-negeri yang terjejas di kawasan utara adalah Perlis dan Kedah, meliputi daerah Kubang Pasu, Kota Setar, Pokok Sena, Padang Terap, Yan, Pendang dan Sik.
Di Perak, kawasan yang terlibat ialah Kerian, Larut, Matang dan Selama, Kuala Kangsar, Manjung, Kinta, Perak Tengah, Kampar, Bagan Datuk, Hilir Perak, Batang Padang dan Muallim.
Keadaan yang sama juga diramalkan di beberapa kawasan di pantai timur, iaitu Kelantan (Jeli, Kuala Krai dan Gua Musang), Terengganu (Besut, Setiu, Hulu Terengganu, Marang, Dungun dan Kemaman), serta Pahang (Cameron Highlands, Lipis, Jerantut, Bera dan Rompin).
Amaran yang sama juga dikeluarkan untuk Sabak Bernam, Kuala Selangor, Hulu Selangor, Klang, Gombak dan Petaling di Selangor, serta seluruh Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.
Di kawasan selatan, amaran melibatkan Negeri Sembilan (Port Dickson, Kuala Pilah, Rembau, Jempol dan Tampin), seluruh negeri Melaka, dan Johor (Tangkak, Segamat, Muar, Batu Pahat, Kluang, Pontian, Kulai dan Johor Bahru).
Sementara itu, di Sabah, ramalan meliputi Pedalaman (Sipitang, Tenom dan Nabawan), Pantai Barat (Papar), dan Tawau (Kunak, Semporna, dan Lahad Datu).
Di Sarawak, kawasan yang terjejas adalah Kuching (Bau dan Lundu), Sarikei (Julau dan Meradong), Sibu, Mukah, Kapit (Song), Bintulu (Bintulu dan Sebauh), Miri (Subis, Beluru, Telang Usan dan Marudi) dan Limbang. — Bernama



