Kakitangan awam wanita rugi RM99,276 ditipu skim pelaburan Telegram
Kakitangan awam rugi RM99,276 ditipu skim pelaburan Telegram

KUALA TERENGGANU, 15 Mei — Seorang kakitangan awam wanita di Terengganu kerugian RM99,276 selepas menjadi mangsa dua skim pelaburan dalam talian yang palsu.

Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, ACP Azli Mohd Noor berkata, mangsa berusia 38 tahun itu telah bertindak balas terhadap iklan skim pelaburan Webull di aplikasi Telegram pada 1 Mei yang menjanjikan pulangan lumayan dalam tempoh enam jam sahaja.

“Mangsa memilih pakej permulaan bernilai RM1,000 dan kemudiannya diminta membuat beberapa bayaran tambahan dengan alasan untuk membolehkan pengeluaran keuntungan pelaburan.

Banner lebar Pickt — aplikasi senarai beli-belah kolaboratif untuk Telegram

“Mangsa yang terpedaya telah membuat 12 pembayaran berjumlah RM48,965 ke dalam empat akaun berbeza antara 1 Mei hingga 7 Mei,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Azli berkata, pada 11 Mei, mangsa melabur dalam skim lain dikenali sebagai Sunway Trade melalui aplikasi yang sama, membuat pindahan bank berjumlah RM50,311 dalam tempoh tiga hari selepas dijanjikan pulangan besar dalam masa 30 minit.

“Mangsa mengesyaki ditipu selepas diminta membuat bayaran tambahan RM38,527 kononnya untuk kos tambahan.

“Mangsa membuat laporan polis pada jam 2.40 petang semalam. Kes disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan,” katanya. — Bernama

Banner selepas artikel Pickt — aplikasi senarai beli-belah kolaboratif dengan ilustrasi keluarga