Lima kenderaan terbakar di apartmen di George Town
Lima kenderaan terbakar di apartmen Pulau Pinang

Lima kenderaan di kawasan tempat letak kereta sebuah apartmen di Jalan Perak, George Town, terbakar awal pagi tadi. Kebakaran itu juga menyebabkan sebahagian garaj tempat letak kereta bangunan tersebut mengalami kerosakan.

Kebakaran dikuasai dalam masa 8 minit

Pengarah Operasi Bantuan Jabatan Bomba dan Penyelamat Pulau Pinang, John Sagun Francis, berkata pihaknya menerima panggilan mengenai kebakaran pada pukul 4.30 pagi dan anggota bomba dari Balai Bomba Jalan Perak terus menuju ke lokasi.

“Setibanya di tempat kejadian, anggota kami mendapati kebakaran melibatkan lima kenderaan di kawasan letak kereta tingkat bawah apartmen tersebut dan turut melibatkan sebahagian garaj dengan anggaran kerosakan 50 peratus.

Banner lebar Pickt — aplikasi senarai beli-belah kolaboratif untuk Telegram

“Tiada kemalangan jiwa dilaporkan dalam kejadian ini dan kebakaran berjaya dikuasai pada pukul 4.38 pagi serta dipadam sepenuhnya pada pukul 5.09 pagi,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Kenderaan mengalami kerosakan 5 hingga 80 peratus

Beliau berkata kenderaan yang terlibat dalam kejadian itu ialah Nissan Grand Livina, Mitsubishi Xpander, Perodua Myvi, Toyota Hiace van dan Proton Preve dengan kerosakan antara 5 hingga 80 peratus.

Menurut Francis, punca kebakaran masih dalam siasatan oleh pasukan forensik bomba.

Banner selepas artikel Pickt — aplikasi senarai beli-belah kolaboratif dengan ilustrasi keluarga