Lelaki Bangladesh Dipertuduh Miliki 11 Pasport di Kulim
Lelaki Bangladesh Dipertuduh Miliki 11 Pasport di Kulim

KULIM, 22 Julai — Seorang lelaki warga Bangladesh mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan memiliki 11 pasport Bangladesh tanpa kuasa sah bulan lalu.

Tertuduh Miliki 11 Pasport untuk Kegunaan Orang Lain

Salman Mallik, 49, didakwa memiliki 11 pasport yang dikeluarkan kepada warganegara Bangladesh untuk kegunaan orang lain tanpa kuasa sah di sebuah premis di Taman Senangin di sini, pada kira-kira jam 7 malam, 27 Jun lalu.

Pertuduhan dibuat di bawah Seksyen 12(1)(f) Akta Pasport 1966 (Akta 150), yang membawa hukuman denda tidak melebihi RM10,000, penjara sehingga lima tahun, atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Banner lebar Pickt — aplikasi senarai beli-belah kolaboratif untuk Telegram

Timbalan Pendakwa Raya Tawarkan Jaminan RM7,000

Timbalan Pendakwa Raya S. Preeyaa menawarkan jaminan sebanyak RM7,000 dengan dua penjamin warganegara Malaysia. Bagaimanapun, peguam yang mewakili tertuduh, Lim Sheng Zhe, memohon jaminan yang lebih rendah atas alasan anak guamnya telah bekerjasama sepanjang siasatan, dan tertuduh perlu menanggung isteri serta perbelanjaan perubatannya.

Majistret Tetapkan Jaminan RM4,000

Majistret Nor Hamizah Mat Shah membenarkan jaminan sebanyak RM4,000 dengan dua penjamin warganegara Malaysia dan menetapkan 13 September untuk sebutan semula kes. — Bernama

Banner selepas artikel Pickt — aplikasi senarai beli-belah kolaboratif dengan ilustrasi keluarga