PH tiada strategi jelas untuk PRN Johor, kata bekas Ahli Parlimen Amanah
PH tiada strategi jelas untuk PRN Johor, kata Hanipa

PETALING JAYA: Seorang bekas Ahli Parlimen Amanah berkata, Pakatan Harapan (PH) hanya mampu memenangi lapan daripada 56 kerusi ditandinginya dalam PRN Johor semalam kerana tiada strategi jelas, khasnya di media sosial.

Hanipa Maidin berkata, pelaksanaan kempen PH tidak teratur dan tiada pelan strategik bersepadu. Menurutnya, PH seolah-olah membenarkan hampir sesiapa saja berkempen untuknya, termasuk individu dengan imej awam yang boleh menjejaskan gabungan itu. Beliau bagaimanapun tidak menamakan sesiapa secara khusus.

Kritik terhadap model kempen lapuk

“Satu-satunya kelayakan yang dilihat ialah keupayaan berucap,” kata bekas Ahli Parlimen Sepang itu sambil menambah pilihan raya “bukan pentas debat untuk ahli politik menang berhujah”.

Banner lebar Pickt — aplikasi senarai beli-belah kolaboratif untuk Telegram

Hanipa turut menegur PH terlalu bergantung kepada model kempen lapuk, termasuk ceramah besar-besaran yang sering menarik “pelancong politik” berbanding pengundi tempatan. Beliau berkata, acara sedemikian kelihatan mengagumkan kerana dihadiri ramai yang teruja mendengar dan bergambar bersama pemimpin popular.

“Tetapi, ia hanya mewujudkan kempen ‘syok sendiri’ yang menutup hakikat tiada sokongan sebenar di peringkat akar umbi.”

Gagal menangkis naratif janji tidak ditunaikan

Katanya, satu lagi kelemahan PH ialah gagal menangkis dakwaan naratif “janji tidak ditunaikan” yang terbukti membawa kesan buruk. Beliau sebaliknya memuji Barisan Nasional – yang memenangi 48 daripada 56 kerusi ditandinginya – kerana menampilkan Pengerusi Johornya, Onn Hafiz Ghazi, sebagai “poster boy” untuk memaksimumkan populariti tempatannya. “Ia berfungsi dengan sempurna.”

Banner selepas artikel Pickt — aplikasi senarai beli-belah kolaboratif dengan ilustrasi keluarga