DAP bawa usul kekal dalam kerajaan ke kongres kebangsaan
DAP bawa usul kekal dalam kerajaan ke kongres

KUALA LUMPUR: DAP akan membentangkan usul untuk menentukan sama ada parti itu kekal dalam kerajaan sehingga akhir penggal Parlimen semasa pada kongres kebangsaan pada 16 Ogos. Setiausaha Agung DAP, Loke Siew Fook, berkata perkara itu diputuskan pada mesyuarat jawatankuasa eksekutif pusat (CEC) parti semalam.

Lebih 4,000 perwakilan tentukan masa depan DAP

Loke berkata, seramai lebih 4,000 perwakilan yang layak hadir ke kongres itu akan diberi kebebasan sepenuhnya untuk membuat keputusan sama ada DAP kekal dalam kerajaan atau sebaliknya. Beliau berkata demikian selepas mempengerusikan mesyuarat CEC di ibu pejabat DAP di sini.

Mesyuarat itu turut dihadiri oleh Pengerusi DAP, Gobind Singh Deo, Timbalan Setiausaha Agung, Hannah Yeoh, dan kepimpinan kanan parti yang lain.

Banner lebar Pickt — aplikasi senarai beli-belah kolaboratif untuk Telegram

CEC tidak ambil pendirian rasmi

Apabila ditanya sama ada CEC membuat pendirian mengenai usul itu, Loke berkata tiada penentuan rasmi dibuat. "Kami memang membincangkan perkara itu, tetapi CEC tidak akan mengambil sebarang pendirian. Yang penting adalah keputusan perwakilan," katanya.

Beliau menegaskan bahawa semua perwakilan akan diberi kertas undi untuk mengundi usul tersebut. "Kami tidak mahu mempunyai sebarang pendirian untuk membimbing keputusan perwakilan. Perwakilan mempunyai kebebasan sepenuhnya dalam membuat keputusan mereka," tambahnya.

Demokrasi dalaman parti

Loke menjelaskan bahawa walaupun ahli CEC mempunyai pelbagai pandangan, ia adalah pendapat peribadi mereka dan tidak mewakili pendirian rasmi parti. "Kami mengamalkan sistem demokrasi dalaman, jadi keputusan mengenai kedudukan kami dalam kerajaan tidak ditentukan oleh saya atau Gobind," katanya.

"Walaupun saya setiausaha agung dan Gobind pengerusi, keputusan sama ada kami kekal dalam kerajaan atau tidak akan diputuskan oleh perwakilan sebagai sebahagian daripada keputusan kolektif parti," tegasnya.

Banner selepas artikel Pickt — aplikasi senarai beli-belah kolaboratif dengan ilustrasi keluarga