Cadangan jadi calon MB berniat jahat, kata Loke
Cadangan jadi calon MB berniat jahat, kata Loke

Setiausaha Agung DAP, Loke Siew Fook menyifatkan cadangan supaya beliau wajar diangkat sebagai calon menteri besar Negeri Sembilan berniat jahat. Ini kerana, katanya, Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri secara jelas menetapkan hanya calon Melayu dan beragama Islam layak dilantik menteri besar.

Loke tidak layak mengikut undang-undang

“Itu adalah cakap-cakap jahat daripada pihak yang melawan kita. Calon menteri besar Negeri Sembilan amat jelas dalam Undang-undang Tubuh Negeri perlu merupakan Adun Melayu yang beragama Islam. “Saya tidak memenuhi syarat tersebut,” katanya selepas meninjau Projek Kerja Pemulihan dan Naik Taraf Landasan Kereta Api di Stesen Kereta Api Bahau.

Setakat ini, tegasnya, Pakatan Harapan (PH) hanya menyenaraikan Aminuddin Harun sebagai calon tunggal menteri besar, jika gabungan itu diberi mandat untuk terus mentadbir Negeri Sembilan. “Calon MB kita hanya seorang saja, iaitu Tok Min.”

Banner lebar Pickt — aplikasi senarai beli-belah kolaboratif untuk Telegram

Sindiran Asyraf Wajdi

Beliau menjawab sindiran Setiausaha Agung Umno, Asyraf Wajdi Dusuki, semalam yang mempersoalkan siapa calon menteri besar PH sekiranya Aminuddin tewas di Linggi, yang disifatkannya kubu kuat Barisan Nasional (BN). “Kita nak tanya, siapakah menteri besar bagi Pakatan Harapan sekiranya Tok Min kalah di kubu kuat BN di Linggi? “Siapa lagi kalau bukan Anthony Loke (daripada) DAP. Orang sini nak menteri besar daripada DAP atau tidak?” katanya sambil menambah BN mempunyai senarai panjang calon layak dipertimbangkan sebagai menteri besar jika menang pada PRN Negeri Sembilan.

Beliau berkata, BN memiliki gabungan pemimpin berpengalaman dan muka baharu berkelayakan, termasuk yang berpengalaman mentadbir kerajaan negeri.

Banner selepas artikel Pickt — aplikasi senarai beli-belah kolaboratif dengan ilustrasi keluarga