Pelajar politeknik maut dalam kemalangan motosikal di Perlis
Pelajar politeknik maut dalam kemalangan motosikal di Perlis

Kemalangan Empat Motosikal di Changlun-Kuala Perlis

Seorang pelajar politeknik berusia 19 tahun maut selepas motosikal yang ditunggangnya terbabit dalam kemalangan dengan tiga motosikal lain di Jalan Changlun-Kuala Perlis, Kampung Banat, Arau awal pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Arau, Superintendan Ahmad Mohsin Md Rodi berkata mangsa mengalami kecederaan parah di kepala dan patah kaki kanan. Mangsa disahkan meninggal dunia ketika menerima rawatan di Unit Kecemasan Hospital Tuanku Fauziah (HTF) Kangar pada pukul 7.38 pagi.

Beliau berkata pihaknya menerima laporan mengenai kemalangan itu pada pukul 2.10 pagi melalui kaunter pertanyaan Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Daerah Arau (BSPTD).

Banner lebar Pickt — aplikasi senarai beli-belah kolaboratif untuk Telegram

Mangsa Lain dan Siasatan

Tiga penunggang motosikal lain yang turut cedera termasuk seorang pelajar GiatMARA, kesemuanya lelaki berusia 20 tahun, telah dibawa ke HTF untuk rawatan, kata Ahmad Mohsin dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata kejadian dipercayai berlaku apabila motosikal-motosikal yang dalam perjalanan dari Arau menuju ke Kangar bergesel antara satu sama lain, mengakibatkan perlanggaran.

Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987, tambah beliau.

Banner selepas artikel Pickt — aplikasi senarai beli-belah kolaboratif dengan ilustrasi keluarga