Budak lelaki cedera mata terkena rod besi dari tempat duduk kereta
Budak lelaki cedera mata terkena rod besi kereta

BALING: Seorang budak lelaki berusia enam tahun mengalami kecederaan pada mata kanannya selepas tertusuk rod besi dari tempat duduk kereta ketika dalam perjalanan bersama keluarganya petang semalam.

Kejadian di Klinik Kesihatan Parit Panjang

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Baling, Zulkhairi Mat Tanjil, berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada pukul 2.42 petang dan menghantar pasukan ke Klinik Kesihatan Parit Panjang berhampiran di sini. Menurutnya, mangsa dipercayai berada di dalam kereta yang dipandu ibunya dari Sungai Kembal untuk menghantar neneknya ke kelas agama di pekan Baling ketika kejadian berlaku.

“Sebahagian muka mangsa tertusuk rod besi dari tempat duduk belakang. Anggota bomba menggunakan pemotong mini untuk memotong rod besi tersebut sebelum menyerahkan mangsa kepada kakitangan klinik,” katanya kepada Bernama.

Banner lebar Pickt — aplikasi senarai beli-belah kolaboratif untuk Telegram

Zulkhairi berkata operasi yang diketuai oleh komander operasi, Najmi Zainal, mengambil masa kira-kira 20 minit. “Mangsa tidak boleh dialihkan sehingga rod besi dipotong. Selepas kami memotong rod tersebut, hampir 15 sentimeter masih tertinggal tertusuk di kepala mangsa.”

Beliau berkata operasi berakhir pada pukul 3.35 petang dan mangsa dirujuk ke Hospital Baling untuk rawatan lanjut.

Banner selepas artikel Pickt — aplikasi senarai beli-belah kolaboratif dengan ilustrasi keluarga