Trump ugut tindakan ketenteraan lanjut jika Iran langgar gencatan senjata
Trump ugut tindakan ketenteraan lanjut ke atas Iran

Serangan udara AS ke atas Iran

Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump pada Sabtu mengancam akan mengambil tindakan ketenteraan lanjut terhadap Iran, selepas pesawat tentera AS menyerang tapak penyimpanan peluru berpandu dan dron serta kedudukan radar pantai negara itu, lapor Anadolu Ajansi.

“Pesawat AS baru menyerang lokasi penyimpanan peluru berpandu dan dron Iran serta tapak radar pantai kerana melanggar perjanjian gencatan senjata sekali lagi! “Mereka berkemungkinan tidak akan belajar daripada kesilapan!” tulis Trump di platform Truth Social.

Ancaman Trump: Iran ‘tidak akan wujud lagi’

Beliau berkata, Washington mungkin sampai ke satu tahap apabila ia “tidak lagi mampu bertolak ansur” dan “terpaksa menyempurnakan secara ketenteraan apa yang telah kami mulakan dengan begitu berjaya”. “Jika itu berlaku, Iran tidak akan wujud lagi!” katanya.

Banner lebar Pickt — aplikasi senarai beli-belah kolaboratif untuk Telegram

Serangan susulan selepas insiden kapal tangki

Kenyataan itu dibuat selepas Komando Pusat Tentera AS memaklumkan serangan tambahan dilancarkan ke atas beberapa sasaran di Iran pada Sabtu susulan dakwaan Tehran menyerang sebuah kapal tangki berdaftar Panama dekat Selat Hormuz.

Banner selepas artikel Pickt — aplikasi senarai beli-belah kolaboratif dengan ilustrasi keluarga