Majoriti 137 tak patahkan semangat PH pertahan Bukit Batu
Majoriti 137 tak patahkan semangat PH pertahan Bukit Batu

KULAI: Majoriti tipis sebanyak 137 undi yang dimenangi sebelum ini tidak melemahkan semangat calon Pakatan Harapan (PH) untuk mempertahankan DUN Bukit Batu pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor ke-16. Arthur Chiong Sen Sern, 36, menegaskan bahawa pertandingan kali ini perlu dilihat berdasarkan tawaran kepada rakyat, termasuk polisi, manifesto dan keupayaan menjaga kebajikan penduduk di DUN tersebut.

Fokus kepada kebajikan rakyat dan ekonomi

“Bagaimanapun, di platform PRN ini, kita tidak melihat kepada kaum dan agama semata-mata, tetapi apa yang ditawarkan kepada rakyat. Dari sudut ekonomi, bagaimana kita mahu membela dan menjaga hak rakyat di Bukit Batu,” katanya ketika ditemui FMT.

Pada PRN Johor lalu, Arthur menang dengan majoriti 137 selepas mendapat keseluruhan 9,439 undi dalam pertandingan empat penjuru di DUN Bukit Batu. Beliau menewaskan calon BN, S Suppayah dengan 9,302 undi, Tan Heng Choon (Perikatan Nasional) 3,989 undi dan Lee Ming Wen (Warisan) 1,349 undi.

Banner lebar Pickt — aplikasi senarai beli-belah kolaboratif untuk Telegram

Pertandingan lima penjuru pada PRN kali ini

PRN kali ini menyaksikan pertandingan lima penjuru di kerusi itu dengan Arthur akan berdepan calon Barisan Nasional (BN) R K Kumaran, M Premanand (Muda), G Tamili (Bersama), dan calon bebas Kamaruzaman Ali. Sementara itu, Arthur berkata walaupun Bersama kali pertama bertanding di Bukit Batu dalam PRN kali ini, setiap parti mempunyai kekuatan dan kelemahan tersendiri.

Katanya, perkara paling penting adalah memastikan jentera pilihan raya terus bergerak aktif mendekati rakyat sepanjang tempoh berkempen. Menurutnya, pendekatan kempen dibawa PH adalah bersifat inklusif dengan menyantuni semua lapisan masyarakat tanpa mengira latar belakang.

Hubungan rapat dengan masyarakat setempat

Anak jati Kulai itu berkata, hubungan rapat dengan masyarakat setempat menjadi antara kekuatan utamanya sepanjang berkhidmat di kawasan itu. “Saya anak tempatan Kulai, mak saya orang Kelapa Sawit. Jadi, saya memang dekat dengan masyarakat di sini,” katanya. “Walau siapa pun lawan kita, saya harap semua dapat berkempen secara sihat dan positif.”

Banner selepas artikel Pickt — aplikasi senarai beli-belah kolaboratif dengan ilustrasi keluarga