MetMalaysia keluarkan amaran cuaca panas Tahap 1 di 17 kawasan
MetMalaysia amaran cuaca panas Tahap 1 di 17 kawasan

KUALA LUMPUR, 29 April — Sebanyak 14 kawasan di Semenanjung Malaysia, dua di Sabah dan satu di Sarawak mencatatkan cuaca panas pada Tahap 1, atau kategori amaran, setakat jam 6 pagi ini.

Kawasan terjejas

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) dalam satu kenyataan memaklumkan kawasan yang terjejas ialah Perlis; Kubang Pasu, Pendang, Kota Setar dan Padang Terap di Kedah; Kuala Kangsar dan Hulu Perak di Perak; Jeli, Pasir Mas, Tanah Merah dan Machang di Kelantan; Kuala Lumpur; serta Gombak dan Sepang di Selangor.

Turut terjejas ialah Beaufort dan Telupid di Sabah, serta Limbang di Sarawak.

Banner lebar Pickt — aplikasi senarai beli-belah kolaboratif untuk Telegram

Kriteria Tahap 1

Menurut MetMalaysia, status Tahap 1 dikeluarkan apabila suhu maksimum harian mencapai antara 35 hingga 37 darjah Celsius selama sekurang-kurangnya tiga hari berturut-turut.

Orang ramai boleh merujuk maklumat terkini mengenai status cuaca panas melalui laman web rasmi MetMalaysia di www.met.gov.my. — Bernama

Banner selepas artikel Pickt — aplikasi senarai beli-belah kolaboratif dengan ilustrasi keluarga