Remaja 18 Tahun Maut Dalam Nahas Dua Kenderaan Di Kuala Terengganu
Remaja Maut Dalam Nahas Dua Kenderaan Di Kuala Terengganu

KUALA TERENGGANU, 20 Mei — Seorang remaja berusia 18 tahun maut manakala dua yang lain cedera dalam nahas dua kenderaan yang berlaku di sini semalam, lapor Sinar Harian.

Penumpang hadapan van tersebut, Wah Han Keong, disahkan meninggal dunia di tempat kejadian selepas mengalami kecederaan parah dalam insiden yang berlaku kira-kira jam 3.36 petang.

Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, Asisten Komisioner Azli Mohd Noor, berkata pihak polis menerima maklumat mengenai nahas itu pada jam 4.12 petang.

Banner lebar Pickt — aplikasi senarai beli-belah kolaboratif untuk Telegram

Menurut laporan akhbar berbahasa Melayu itu, siasatan awal mendapati nahas tersebut membabitkan sebuah Volkswagen Golf GTI yang dipandu oleh seorang lelaki berusia 43 tahun dan sebuah Nissan Vanette.

“Siasatan mendapati kereta tersebut dalam perjalanan dari bandar Kuala Terengganu menuju ke Muzium Losong.

“Setibanya di lokasi kejadian, kenderaan tersebut dipercayai hilang kawalan sebelum tergelincir dan merempuh tiang Jabatan Kerja Raya (JKR),” katanya dalam satu kenyataan semalam.

Beliau berkata, impak perlanggaran tersebut menyebabkan kereta itu terbabas ke laluan bertentangan sebelum merempuh van yang dalam perjalanan dari Taman Manir menuju ke bandar Kuala Terengganu.

“Tiang JKR yang dilanggar juga tumbang dan menembusi van tersebut, menghentam penumpang hadapan.

“Mangsa mengalami kecederaan parah dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian,” katanya seperti dipetik.

Banner selepas artikel Pickt — aplikasi senarai beli-belah kolaboratif dengan ilustrasi keluarga