Hannah Yeoh buat laporan polis fitnah tukar status hartanah
Hannah Yeoh lapor polis fitnah status hartanah

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) Hannah Yeoh membuat laporan polis berhubung fitnah yang menuduhnya menggunakan ‘formula tertentu’ untuk menukar status kediaman di Taman Segar, Cheras daripada pegangan pajakan (leasehold) kepada pegangan bebas (freehold) dalam tempoh singkat.

Dakwaan keterlaluan dan tidak berasas

Hannah menerusi hantaran di media sosial menyifatkan dakwaan itu sebagai keterlaluan dan tidak berasas. “Laporan polis telah dibuat terhadap mereka yang buat fitnah ini. Keterlaluan,” katanya di Facebook.

Penyelidik persoalkan formula

Terdahulu, Penyelidik Akademi Tamadun Alam Melayu, Zaharah Sulaiman, mempersoalkan bagaimana Hannah didakwa berjaya menukar status rumah di Taman Segar, Cheras daripada leasehold kepada freehold dalam tempoh singkat. Menurut Zaharah, ramai rakyat khususnya orang Melayu masih menunggu bertahun-tahun untuk mendapatkan status pegangan bebas bagi hartanah mereka.

Banner lebar Pickt — aplikasi senarai beli-belah kolaboratif untuk Telegram

“Kenapa dia buat di bahagian konstitusi dia sendiri, kenapa tak bantu di kawasan lain dan bangsa lain, kenapa di situ sahaja dia buat. Kita nak tahu formula apa yang digunakan,” dakwa Zaharah.

Katanya, bagi menukar status berkenaan selalunya perlu mengambil proses yang lama termasuk keputusan membabitkan Majlis Raja-Raja. “Kita nak tahu cara itu. Kita harap kerajaan negeri beritahu bagaimana Hannah membuat permohonan itu dan diluluskan dalam masa yang singkat,” katanya.

Banner selepas artikel Pickt — aplikasi senarai beli-belah kolaboratif dengan ilustrasi keluarga