KUALA LUMPUR, 5 Mei — Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) telah mengeluarkan status gelombang panas Tahap Satu (Kuning) bagi empat kawasan di Semenanjung Malaysia dan satu di Sabah setakat jam 4 petang hari ini.
Kawasan terjejas
Menurut kenyataan MetMalaysia, empat kawasan tersebut ialah Jeli dan Kuala Krai di Kelantan, serta Jerantut dan Maran di Pahang. Manakala kawasan di Sabah melibatkan daerah Telupid.
Definisi Tahap Satu
Status gelombang panas Tahap Satu dikeluarkan apabila sesuatu kawasan mencatatkan suhu maksimum harian antara 35 hingga 37 darjah Celsius selama sekurang-kurangnya tiga hari berturut-turut.
Untuk maklumat terkini mengenai cuaca di Malaysia, sila layari laman web rasmi MetMalaysia di https://www.met.gov.my/iklim/status-cuaca-panas. — Bernama



