Mayat lelaki ditemui, remaja hilang di sungai Kota Belud
Mayat lelaki ditemui, remaja hilang di sungai Kota Belud

KOTA BELUD, 16 Mei — Seorang lelaki ditemukan meninggal dunia manakala seorang remaja dikhuatiri lemas selepas mereka dilaporkan hilang di sebuah sungai berhampiran tapak perkhemahan di Melangkap Baru di sini pagi tadi.

Penemuan Mayat

Pusat Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah dalam satu kenyataan memaklumkan pihaknya menerima maklumat mengenai kejadian itu pada jam 9.26 pagi sebelum mangsa Zul Hakim Abdullah, 23, ditemukan pada jam 10.18 pagi.

“Mangsa ditemukan di sepanjang tebing sungai kira-kira 300 meter dari lokasi dia dilaporkan hilang dan disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan Kementerian Kesihatan. Mayat diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut,” kata kenyataan itu.

Banner lebar Pickt — aplikasi senarai beli-belah kolaboratif untuk Telegram

Operasi Mencari Remaja

Kenyataan itu menyatakan operasi mencari dan menyelamat (SAR) untuk remaja yang dikenal pasti sebagai Daniel Abdullah, 18, sedang giat dijalankan.

Pencarian difokuskan di sepanjang tebing sungai menggunakan kaedah pencarian permukaan air dalam radius satu kilometer dari lokasi kejadian. — Bernama

Banner selepas artikel Pickt — aplikasi senarai beli-belah kolaboratif dengan ilustrasi keluarga