Empat cedera, termasuk dua kanak-kanak, dalam kemalangan lima kenderaan di LPT2
Empat cedera, dua kanak-kanak, dalam kemalangan lima kenderaan di LPT2

DUNGUN, 27 Mei — Empat orang termasuk dua kanak-kanak cedera manakala 14 yang lain terselamat dalam kemalangan melibatkan lima kenderaan di Kilometer 337.7 Lebuh Raya Pantai Timur 2 (LPT2) berhampiran Kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Paka di sini semalam.

Butiran Kemalangan

Komander operasi Balai Bomba dan Penyelamat Paka, Pegawai Bomba Kanan II Mohd Bakri Abdul Rahman berkata, dalam kejadian jam 7.30 malam itu, kesemua empat mangsa yang cedera adalah penumpang sebuah kereta Nissan Almera.

“Mangsa yang cedera telah dibawa ke Hospital Dungun untuk rawatan lanjut,” katanya ketika dihubungi.

Banner lebar Pickt — aplikasi senarai beli-belah kolaboratif untuk Telegram

Beliau berkata, mereka yang tidak cedera termasuk dua individu yang menaiki Toyota Vios dan dua lagi dalam Proton Persona.

Kenderaan Lain Terlibat

Beliau menambah, enam orang termasuk empat kanak-kanak yang menaiki Toyota Vellfire, serta empat lagi termasuk dua kanak-kanak dalam Perodua Ativa, juga tidak mengalami kecederaan.

“Anggota kami memantau semua yang terlibat untuk memastikan tiada mangsa cedera lain di lokasi yang memerlukan rawatan hospital,” katanya. — Bernama

Banner selepas artikel Pickt — aplikasi senarai beli-belah kolaboratif dengan ilustrasi keluarga