Trump umum jaminan Iran berhubung Selat Hormuz
Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump, mengumumkan pada hari ini bahawa Iran telah memberi jaminan bahawa tiada bayaran akan dikutip daripada kapal-kapal yang melalui Selat Hormuz. Jaminan ini diberikan ketika rundingan untuk menamatkan perang di Timur Tengah secara kekal masih berlangsung.
Dalam kenyataan di platform Truth Social, Trump menulis: "Iran telah memaklumkan AS bahawa... 'TIADA TOL, TIADA KOS INSURANS, & TIADA CAJ LAIN DALAM APA-APA BENTUK YANG DIMINTA ATAU DITERIMA OLEH IRAN KE ATAS KAPAL-KAPAL YANG MELALUI SELAT HORMUZ'."
Bagaimanapun, Trump tidak menyatakan sama ada jaminan tersebut akan kekal selepas tempoh rundingan 60 hari tamat.
Iran rancang caj perkhidmatan maritim
Tehran sebelum ini berulang kali menyatakan hasrat untuk mengenakan apa yang dipanggil yuran perkhidmatan maritim bagi melintasi selat itu, berbanding istilah tol. Rancangan ini mendapat tentangan hebat daripada Amerika Syarikat.
Iran dan Oman semalam mengumumkan akan mengkaji kos yang akan dikenakan untuk perkhidmatan yang disediakan dalam mentadbir Selat Hormuz, sambil menegaskan bahawa mereka mempunyai kedaulatan ke atas laluan air tersebut.



