Polis Malaysia bekerjasama dengan Interpol cari pengasas eHati, suami masih buruan
Polis Malaysia dengan Interpol cari pengasas eHati, suami buruan

SHAH ALAM, 28 April — Polis masih mencari pengasas program motivasi keluarga kontroversi eHati dan suaminya yang dipercayai berada di luar negara, kata Ketua Polis Selangor Datuk Shazeli Kahar.

Kerjasama dengan Interpol

Beliau menambah bahawa pihak polis juga sedang bekerjasama dengan Pertubuhan Polis Jenayah Antarabangsa (Interpol) untuk memudahkan usaha mengesan kedua-dua individu tersebut.

“Individu yang dicari masih belum ditemui, dan kami percaya mereka masih berada di luar Malaysia. Namun, tindakan yang sewajarnya telah diambil oleh polis untuk memastikan jika mereka dikesan di negara berkaitan, tangkapan dapat dilaksanakan,” katanya pada sidang akhbar mengenai pencapaian Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik dan Jenayah Komersial Selangor di sini hari ini.

Banner lebar Pickt — aplikasi senarai beli-belah kolaboratif untuk Telegram

Latar Belakang Kes

Pengasas dan suaminya dilaporkan telah meninggalkan negara sehari sebelum pertuduhan dikemukakan terhadap mereka di mahkamah tahun lalu. — Bernama

Banner selepas artikel Pickt — aplikasi senarai beli-belah kolaboratif dengan ilustrasi keluarga