Malaysia desak Israel bebaskan 16 rakyat Malaysia yang ditahan dalam misi bantuan Gaza
Malaysia desak Israel bebaskan 16 rakyat Malaysia dalam misi bantuan Gaza

KUALA LUMPUR, 19 Mei — Malaysia mengutuk keras pemintasan Global Sumud Flotilla 2.0 (GSF2.0) yang menuju ke Gaza oleh rejim Zionis Israel, serta penahanan lebih 100 aktivis termasuk 16 rakyat Malaysia yang terlibat dalam misi kemanusiaan aman ini.

Anwar desak pembebasan segera

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, dalam hantaran Facebook semalam, menegaskan Malaysia menuntut jaminan keselamatan untuk semua aktivis yang terlibat dan pembebasan segera mereka.

“Tindakan biadab oleh rejim jahat ini terhadap misi bantuan kemanusiaan bukan sahaja melanggar hak asasi manusia dan undang-undang antarabangsa, tetapi juga mencerminkan kekejaman rejim Zionis dalam menyekat bantuan kemanusiaan, membungkam suara kemanusiaan dan menindas sesiapa yang bangkit mempertahankan serta bersolidariti dengan rakyat Palestin,” katanya.

Banner lebar Pickt — aplikasi senarai beli-belah kolaboratif untuk Telegram

Anwar menegaskan bahawa dunia tidak boleh terus tunduk kepada kekejaman dan kebiadaban yang dilakukan oleh rejim Zionis.

“Penindasan terhadap rakyat Palestin dan mereka yang menyampaikan bantuan kemanusiaan mesti dihentikan segera, dan Israel mesti berdepan dengan keadilan dan tanggungjawab,” katanya. — Bernama

Banner selepas artikel Pickt — aplikasi senarai beli-belah kolaboratif dengan ilustrasi keluarga