Perdana Menteri Anwar Ibrahim hari ini mengkritik keputusan Norway untuk membatalkan lesen eksport bagi sistem peluru berpandu naval strike missile (NSM) dan sistem pelancar yang berkaitan, menggambarkannya sebagai tidak boleh diterima.
Kontrak adalah instrumen serius
Dalam kenyataan tegas di platform X, Anwar berkata Malaysia telah menunaikan setiap kewajipan di bawah kontrak dengan setia sejak 2018. "Norway, nampaknya, tidak berasa terpaksa untuk memberikan kita layanan yang sama dan demonstrasi muhibah," katanya.
Beliau menambah bahawa kontrak yang ditandatangani adalah instrumen yang serius, "bukan konfeti yang boleh ditaburkan dengan sesuka hati". "Jika pembekal pertahanan Eropah berhak untuk menarik diri dengan sewenang-wenangnya, nilai mereka sebagai rakan strategik akan hilang," tegasnya.
Anwar juga berkata beliau telah menyatakan dengan jelas kepada rakan sejawatannya dari Norway, Jonas Gahr Store, bahawa keputusan untuk membatalkan lesen itu akan memberi kesan buruk terhadap kesiapsiagaan operasi pertahanan Malaysia dan program pemodenan kapal tempur pesisir (LCS). "Ia sudah pasti akan membawa implikasi yang lebih luas terhadap keseimbangan serantau," katanya.
Lebih banyak maklumat akan menyusul.



