Polis Buru Empat Suspek Kecurian Kabel TNB di Semenyih
Polis sedang memburu empat lelaki yang disyaki mencuri kabel Tenaga Nasional Berhad (TNB) di Semenyih. Laporan diterima pada 6.54 pagi semalam selepas suspek dilihat memotong kabel dari kenderaan kelabu sebelum melarikan diri.


