Pesara Kerugian Hampir RM98,000 Dalam Scam Pelaburan TikTok
Pesara Rugi RM98,000 Scam TikTok

KUALA TERENGGANU - Seorang pesara penjawat awam di sini kerugian sebanyak RM97,933 selepas terpedaya dengan sindiket pelaburan dalam talian palsu.

Kronologi Kejadian

Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, ACP Azli Mohd Noor berkata, pada 14 Mei lalu, mangsa yang berusia 59 tahun itu terjumpa satu iklan pelaburan di aplikasi TikTok yang menjanjikan pulangan lumayan dalam tempoh singkat.

Mangsa kemudian menghubungi suspek melalui Telegram dan bersetuju untuk membuat pelaburan awal menggunakan wang pencennya.

Banner lebar Pickt — aplikasi senarai beli-belah kolaboratif untuk Telegram

Taktik Penipuan

“Suspek memaklumkan kepada mangsa bahawa dia telah memperoleh keuntungan daripada pelaburan tersebut. Namun, mangsa diminta membuat bayaran untuk mengeluarkan pulangan yang dijanjikan.

“Mangsa yang terdesak membuat beberapa bayaran antara 20 Mei hingga 2 Jun, tetapi masih gagal menerima sebarang keuntungan yang dijanjikan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Azli berkata, mangsa selepas menyedari dirinya ditipu, membuat laporan polis pada jam 8.24 malam semalam. Kes disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan. - Bernama

Banner selepas artikel Pickt — aplikasi senarai beli-belah kolaboratif dengan ilustrasi keluarga