Tang Jie-Ee Wei mara ke suku akhir Malaysia Masters, atasi wakil Indonesia
Tang Jie-Ee Wei ke suku akhir Malaysia Masters kalahkan Indonesia

KUALA LUMPUR, 22 Mei — Pasangan beregu campuran negara, Chen Tang Jie-Toh Ee Wei, menjadi satu-satunya wakil Malaysia yang mara ke suku akhir Kejohanan Malaysia Masters 2026 selepas menewaskan pasangan Indonesia, Amri Syahnawi-Nita Violina Marwah, malam tadi.

Kemenangan Sengit

Juara dunia itu menumpaskan pasangan ranking ke-16 dunia dengan keputusan 21-19, 22-20 dalam masa 47 minit. Tang Jie mengakui bahawa faktor gelanggang sendiri dan sokongan padu peminat banyak membantu kemenangan mereka.

“Lawann hari ini bukan calang-calang, mereka antara 20 terbaik dunia, jadi kami perlu sentiasa bersedia untuk perlawanan sengit,” katanya selepas perlawanan.

Banner lebar Pickt — aplikasi senarai beli-belah kolaboratif untuk Telegram

Cabaran Seterusnya

Tang Jie-Ee Wei akan berdepan pasangan gandingan baru China, Gao Jia Xuan-Wei Ya Xin, yang menewaskan Supak Jomkoh-Ornicha Jongsathapornparn dari Thailand 21-13, 21-13.

Sementara itu, pasangan profesional Goh Soon Huat-Shevon Lai gagal mara ke suku akhir apabila tewas mengejut kepada pasangan Taiwan ranking ke-37, Wu Guan Xu-Lee Chia Hsin, dengan keputusan 19-21, 21-7, 19-21 dalam masa 52 minit. — Bernama

Banner selepas artikel Pickt — aplikasi senarai beli-belah kolaboratif dengan ilustrasi keluarga