Sze Fei-Izzuddin tersingkir di suku akhir Terbuka Singapura
Sze Fei-Izzuddin tersingkir di suku akhir Terbuka Singapura

PETALING JAYA: Beregu lelaki negara Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani tersingkir daripada Terbuka Singapura selepas tewas kepada pasangan Indonesia, Fajar Alfian-Shohibul Fikri, pada suku akhir hari ini.

Pasangan ranking lapan dunia itu tewas 18-21, 21-10, 14-21 dalam perlawanan selama 52 minit di Stadium Tertutup Singapura. Sze Fei-Izzuddin, yang menjadi naib juara pada Masters Malaysia minggu lalu, tidak dapat menandingi rentak pasangan ranking tiga dunia Indonesia itu pada set penentuan walaupun memberikan tentangan sengit.

Kekalahan ini merupakan kekalahan ke-11 mereka dalam 14 pertemuan menentang gandingan Indonesia tersebut. Sze Fei-Izzuddin hanya memenangi satu gelaran setakat tahun ini, iaitu Masters Indonesia pada Januari.

Banner lebar Pickt — aplikasi senarai beli-belah kolaboratif untuk Telegram

Pasangan kebangsaan kini perlu kembali ke papan lukisan untuk memperbaiki prestasi mereka dalam kejohanan akan datang.

Banner selepas artikel Pickt — aplikasi senarai beli-belah kolaboratif dengan ilustrasi keluarga