Polis Tangkap Enam Individu, Empat Bawah Umur, Atas Aksi Wheelie Bahaya Di KL
Polis Tangkap Enam Individu, Empat Bawah Umur Atas Aksi Wheelie

KUALA LUMPUR, 2 Jun — Polis telah menangkap enam individu, termasuk empat orang bawah umur, yang dipercayai terlibat dalam aksi wheelie berbahaya di Jalan Raja Laut, Jalan Tun Razak dan Jalan P. Ramlee baru-baru ini.

Kenyataan Polis

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Kuala Lumpur, ACP Mohd Zamzuri Mohd Isa, berkata kejadian itu dikesan selepas video berdurasi 44 saat dimuat naik ke Facebook pada Ahad lalu, menunjukkan beberapa penunggang motosikal melakukan aksi berbahaya dengan pembonceng di jalan awam.

Beliau berkata tangkapan pertama dilakukan semalam pada pukul 3.20 pagi melibatkan seorang lelaki berusia 20 tahun dan teman wanitanya yang berusia 16 tahun, yang menunggang motosikal Yamaha 135LC berwarna putih.

Banner lebar Pickt — aplikasi senarai beli-belah kolaboratif untuk Telegram

“Berikutan itu, dua penunggang lelaki berusia 17 dan 16 tahun, bersama dua penumpang perempuan berusia 18 dan 15 tahun, yang dipercayai terlibat dalam rakaman video tular, ditangkap kira-kira pukul 12.54 pagi tadi,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Mohd Zamzuri berkata suspek yang ditangkap dalam operasi kedua menggunakan dua motosikal Yamaha 135LC berwarna biru. Semua suspek telah dirakam kenyataan mereka dan dibebaskan dengan jaminan polis kerana sebahagian daripada mereka masih di bawah umur.

“Siasatan lanjut dijalankan di bawah Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 bagi kesalahan memandu secara melulu dan berbahaya,” katanya. — Bernama

Banner selepas artikel Pickt — aplikasi senarai beli-belah kolaboratif dengan ilustrasi keluarga