MRI untuk Toh Ee Wei Isnin ini, Rexy sahkan kecederaan lutut kiri
MRI untuk Toh Ee Wei Isnin ini, Rexy sahkan kecederaan lutut

KUALA LUMPUR, 30 Mei — Pemain beregu campuran kebangsaan Toh Ee Wei dijangka menjalani imbasan MRI (pengimejan resonans magnetik) pada Isnin selepas mengalami kecederaan lutut kiri ketika aksi suku akhir Singapura Terbuka semalam.

Perkembangan terkini disahkan oleh pengarah kejurulatihan beregu kebangsaan, Rexy Mainaky, yang menyatakan tahap kecederaan Ee Wei masih belum jelas.

“Berdasarkan laporan (perubatan), ahli fisioterapi belum dapat memastikan keadaan sehingga doktor melakukan MRI pada Isnin,” katanya kepada Bernama.

Banner lebar Pickt — aplikasi senarai beli-belah kolaboratif untuk Telegram

Semalam, Ee Wei dan pasangannya Chen Tang Jie tidak dapat menamatkan perlawanan suku akhir Singapura Terbuka selepas pemain wanita itu mengalami kecederaan ketika perlawanan.

Juara dunia itu sedang mendahului 18-16 menentang gandingan India yang merupakan pasangan ranking ke-28 dunia, Dhruv Kapila-Tanisha Crasto, sebelum menarik diri selepas 24 minit perlawanan. — Bernama

Banner selepas artikel Pickt — aplikasi senarai beli-belah kolaboratif dengan ilustrasi keluarga