KUALA LUMPUR, 21 Mei — Pasangan beregu campuran kebangsaan, Chen Tang Jie-Toh Ee Wei, tidak menghadapi masalah untuk mara ke pusingan kedua Malaysia Masters selepas menewaskan Jonathan Lai-Crystal Lai semalam.
Beraksi di Unifi Arena, juara dunia itu dalam bentuk yang dominan, mengatasi lawan mereka dengan kemenangan straight set 21-6, 21-15 dalam masa 24 minit sahaja.
“Saya rasa ini permulaan yang baik untuk hari ini, dan kami berharap dapat melakukan yang lebih baik esok,” kata Tang Jie ketika ditemui selepas perlawanan.
Menanti Tang Jie-Ee Wei di pusingan kedua hari ini ialah pasangan Indonesia, Amri Syahnawi-Nita Violina Marwah, yang menewaskan Rohan Kapoor-Gadde Ruthvika Shivani dari India 21-16, 20-22, 21-10. — Bernama



