Padini: Tahanan SPRM tiada kaitan dengan pengurusan syarikat
Padini: Tahanan SPRM tiada kaitan dengan pengurusan

KUALA LUMPUR, 6 Mei — Padini Holdings Bhd menjelaskan bahawa tiada seorang pun daripada individu yang ditahan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berkaitan siasatan membabitkan syarikat itu dan anak-anak syarikatnya adalah pekerja, pegawai atau ahli pengurusannya.

Dalam satu kenyataan hari ini, peruncit fesyen itu berkata pihaknya merujuk kepada laporan berita mengenai penahanan lapan individu dalam siasatan SPRM melibatkan Padini dan anak-anak syarikatnya.

“Padini ingin menjelaskan bahawa tiada seorang pun daripada individu yang ditahan adalah pekerja, pegawai atau ahli pengurusannya.

Banner lebar Pickt — aplikasi senarai beli-belah kolaboratif untuk Telegram

“Syarikat tetap komited sepenuhnya untuk bekerjasama dengan SPRM berhubung siasatan yang sedang berjalan,” katanya.

Lebih awal hari ini, media tempatan melaporkan bahawa SPRM telah menahan lapan individu untuk membantu siasatan berkaitan pembekuan beberapa akaun bank milik Padini dan anak-anak syarikatnya. — Bernama

Banner selepas artikel Pickt — aplikasi senarai beli-belah kolaboratif dengan ilustrasi keluarga