Jabatan Piawaian (JSM) mengingatkan orang ramai supaya tidak terpedaya dengan dokumen pesanan pembelian kerajaan palsu dan surat pelantikan vendor yang dikeluarkan melalui saluran tidak rasmi.
Jabatan nafi terbitkan dokumen sedemikian
Jabatan itu menegaskan bahawa mereka tidak pernah mengeluarkan dokumen sebegini dan mengingatkan orang ramai serta vendor bahawa perolehan rasmi mengikut prosedur kewangan yang ditetapkan dan dijalankan secara telus melalui sistem e-perolehan kerajaan.
“Kami menggesa orang ramai supaya sentiasa berwaspada dan tidak terpedaya dengan dokumen atau individu yang mencurigakan yang mendakwa mewakili jabatan ini.
“Jabatan mengambil serius isu ini dan tindakan undang-undang yang perlu sedang diambil,” katanya dalam satu kenyataan.
Pengesahan perlu dibuat melalui saluran rasmi
Jabatan itu menambah bahawa pengesahan perlu dibuat secara terus melalui saluran rasmi mereka sebelum sebarang urusan dilakukan bagi mengelakkan kerugian.
Jabatan Piawaian merupakan agensi di bawah Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri.



