PAS sasar 16 kerusi DUN Melaka pada PRN Disember ini
PAS sasar 16 kerusi DUN Melaka pada PRN Disember ini

MELAKA, 29 April — PAS akan bertanding di 16 daripada 28 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka pada pilihan raya negeri (PRN) yang dijangka berlangsung Disember ini.

Senarai kerusi yang disasar

Pesuruhjaya PAS Melaka, Zulkifli Ismail, berkata partinya telah mengenal pasti kerusi-kerusi berikut: Pantai Kundor, Paya Rumput, Klebang, Tanjung Bidara, Ayer Limau, Linggi, Taboh Naning, Rembia, Durian Tunggal, Ayer Molek, Pengkalan Batu, Telok Mas, Duyong, Sungai Rambai, Merlimau dan Serkam.

Beliau berkata PAS telah memutuskan untuk mencalonkan individu yang mempunyai kredibiliti, integriti dan ciri kepimpinan yang kuat bagi 16 kerusi tersebut.

Banner lebar Pickt — aplikasi senarai beli-belah kolaboratif untuk Telegram

Keputusan selaras dengan arahan pusat

“Keputusan ini selaras dengan pengumuman yang dibuat oleh Pengarah Pilihan Raya Pusat PAS, Muhammad Sanusi Md Nor, semasa pelancaran jentera pilihan raya PAS Melaka baru-baru ini,” katanya dalam satu kenyataan yang dimuat naik di laman Facebook PAS Melaka hari ini.

Tempoh perkhidmatan Dewan Undangan Negeri Melaka sekarang akan tamat pada Disember ini, sekali gus membuka jalan kepada pilihan raya negeri pada tahun ini. — Bernama

Banner selepas artikel Pickt — aplikasi senarai beli-belah kolaboratif dengan ilustrasi keluarga