Bersatu akan kaji isu dibangkitkan Hadi dalam mesyuarat pimpinan
Bersatu kaji isu Hadi dalam mesyuarat pimpinan

KUALA LUMPUR, 22 Mei — Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) hari ini menyatakan akan membincangkan dan meneliti isu-isu yang dibangkitkan oleh Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang, berkaitan hubungan kedua-dua parti dalam Perikatan Nasional (PN).

Dalam satu kenyataan ringkas, Ketua Penerangan Bersatu, Datuk Tun Faisal Ismail Aziz, berkata perkara yang dibangkitkan perlu diteliti secara menyeluruh dalam semangat persaudaraan, saling memahami dan tanggungjawab bersama untuk mengukuhkan perpaduan dalam gabungan itu.

“Sehubungan itu, Bersatu akan mengkaji setiap isu yang dibangkitkan dan membincangkannya secara mendalam pada mesyuarat biro politik dan majlis pimpinan tertinggi Bersatu yang akan datang,” katanya.

Banner lebar Pickt — aplikasi senarai beli-belah kolaboratif untuk Telegram

Lebih awal hari ini, Hadi berkata PAS sedang menilai semula hubungan politik dan kerjasamanya dengan Bersatu menjelang pilihan raya umum ke-16, dengan menyebut beberapa perselisihan dalam PN. Beliau berkata semua aspek yang melibatkan hubungan antara kedua-dua parti dalam PN sedang dinilai semula secara menyeluruh berdasarkan pengalaman pilihan raya lepas.

Hadi menambah bahawa PAS mengambil pendekatan berhati-hati dan tidak mahu tergesa-gesa membuat sebarang keputusan, tetapi mengakui bahawa kesabaran partinya ada hadnya.

Banner selepas artikel Pickt — aplikasi senarai beli-belah kolaboratif dengan ilustrasi keluarga