Polis nafi 105 tikaman, sahkan 61 kesan tikapan pada gadis
Polis nafi 105 tikaman, sahkan 61 kesan tikapan

Polis menafikan dakwaan bahawa terdapat 105 kesan tikaman pada tubuh seorang gadis berusia 19 tahun yang mayatnya ditemukan di Ketereh, Kota Bharu pada tengah malam Khamis lalu. Ketua Polis Kota Bharu, Mohd Azmir Damiri, berkata hasil bedah siasat yang dijalankan di Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) mendapati hanya terdapat 61 kesan tikaman, tidak termasuk kesan calar dan luka kecil.

“Hasil bedah siasat menemui 61 kesan tikaman pada tubuh mangsa, bermula dari bahagian muka hingga kaki, dengan kebanyakan kecederaan tertumpu di bahagian kanan badan,” katanya menurut laporan Berita Harian. Beliau menegaskan bahawa angka tersebut tidak merangkumi kesan calar atau luka kecil yang turut ditemui.

Sebelum ini, media melaporkan bahawa Nurfisya Zulkifly, seorang penuntut kolej, ditemukan orang ramai pada jam 12.30 tengah malam dalam keadaan berlumuran darah akibat ditikam. Gadis yang berasal dari Kuala Kangsar, Perak itu disahkan maut akibat tikaman berganda di bahagian dada.

Banner lebar Pickt — aplikasi senarai beli-belah kolaboratif untuk Telegram

Susulan kejadian itu, dua remaja lelaki dan sepasang suami isteri warga emas telah ditahan dan direman di Mahkamah Majistret Kota Bharu semalam untuk membantu siasatan. Ketua Polis Kelantan, Mohd Yusoff Mamat, dipetik sebagai berkata bahawa cemburu dipercayai menjadi punca pembunuhan mangsa, dan dia disyaki ditikam hingga maut oleh teman lelakinya akibat salah faham.

Bagaimanapun, Mohd Azmir berkata pihaknya masih dalam proses mengenal pasti motif sebenar pembunuhan dan tiada tangkapan baharu dibuat setakat ini. “Motif sebenar kejadian masih belum dikenal pasti dan siasatan belum lagi selesai terhadap semua suspek. Setakat ini tiada tangkapan baharu dibuat,” katanya.

Banner selepas artikel Pickt — aplikasi senarai beli-belah kolaboratif dengan ilustrasi keluarga