Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mengumumkan Pakej Ketahanan Ekonomi PACE (Progressive Acceleration for Capability and Employment) bernilai lebih RM710 juta sebagai sebahagian usaha memperkukuh pembangunan modal insan dan memastikan kestabilan pasaran buruh negara.
Empat inisiatif utama
Beliau berkata PACE merupakan sebahagian daripada strategi ketahanan ekonomi negara. Ia mengandungi empat inisiatif utama dan akan dilaksanakan melalui Kementerian Sumber Manusia (Kesuma).
“Pakej ini merangkumi empat inisiatif utama dan akan dilaksanakan melalui Kementerian Sumber Manusia (Kesuma),” katanya dalam ucapan sempena sambutan Hari Pekerja peringkat kebangsaan 2026 di Unifi Arena, Bukit Jalil.
Pindaan Akta Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri
Beliau turut mengumumkan bahawa Akta Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri 2017 akan dipinda untuk memperluas perlindungan di bawah Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) kepada rakyat Malaysia yang bekerja di luar negara, bermula dengan pekerja rentas sempadan antara Malaysia dan Singapura.
Inisiatif ini dijangka memberi manfaat kepada lebih 480,000 orang yang berulang-alik melalui Tambak Johor untuk bekerja.
Butiran lanjut akan menyusul.



