Anwar tahniah BN menang PRN Johor, janji sokongan persekutuan
Anwar tahniah BN menang PRN Johor, janji sokongan pusat

KUALA LUMPUR, 12 Julai — Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mengucapkan tahniah kepada Barisan Nasional (BN) yang berjaya mengekalkan mandat untuk membentuk kerajaan negeri selepas Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor ke-16.

Anwar: Amanah BN perlu dilaksana dengan integriti

Dalam satu hantaran di Facebook, Anwar berkata amanah yang diberikan kepada BN adalah satu tanggungjawab yang perlu dilaksanakan dengan penuh integriti demi kepentingan negeri dan rakyat Johor.

“Proses pilihan raya dan demokrasi telah pun selesai. Kini tiba masanya untuk kita melangkah ke hadapan, mengutamakan perkhidmatan dan tanggungjawab kepada rakyat, serta bekerjasama untuk membina Johor yang lebih makmur dan progresif,” katanya.

Banner lebar Pickt — aplikasi senarai beli-belah kolaboratif untuk Telegram

Penghargaan kepada pengundi dan jentera parti

Anwar yang juga Pengerusi Pakatan Harapan (PH) turut merakamkan penghargaan kepada pengundi dan rakyat Johor yang menunaikan tanggungjawab demokrasi mereka, serta mengucapkan terima kasih kepada petugas pilihan raya dan jentera parti atas dedikasi dan usaha sepanjang tempoh kempen.

“Tekad kita jelas. Semua calon Pakatan Harapan, sama ada yang menang atau kalah, diminta terus berkhidmat untuk rakyat dan memperjuangkan suara mereka.

“Kerajaan Persekutuan juga tetap komited untuk memastikan agenda pembangunan Johor dan kebajikan rakyatnya terus diperkukuh dan dipertingkatkan, Insya-Allah,” katanya.

Keputusan PRN Johor: BN majoriti mudah

Lebih awal, Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Datuk Seri Ramlan Harun mengumumkan bahawa BN telah memperoleh majoriti mudah, setakat jam 10.32 malam, selepas memenangi 29 daripada 56 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dalam PRN tersebut.

Pada masa pengumuman itu, Pakatan Harapan memenangi dua kerusi, manakala Perikatan Nasional, Parti Bersama Malaysia, Malaysian United Democratic Alliance (Muda), Parti Orang Asli Malaysia, Parti Sosialis Malaysia dan calon Bebas belum memenangi sebarang kerusi. — Bernama

Banner selepas artikel Pickt — aplikasi senarai beli-belah kolaboratif dengan ilustrasi keluarga