Fadhlina pinta hormati sensitiviti keluarga mangsa kematian pelajar
Fadhlina: Hormati sensitiviti keluarga pelajar meninggal

SEREMBAN, 20 Jun — Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek merayu orang ramai supaya memberi ruang dan menghormati sensitiviti keluarga seorang pelajar perempuan berusia 16 tahun yang meninggal dunia di sebuah sekolah di sini semalam.

Kematian pelajar: Fadhlina mohon ruang dan hormati keluarga

Fadhlina berkata, kejadian itu kini dalam siasatan polis dan kementerian memberi kerjasama penuh kepada siasatan yang sedang dijalankan.

“Saya menerima berita duka pemergian seorang pelajar di sebuah sekolah di Negeri Sembilan semalam. Semoga rohnya dicucuri rahmat oleh Allah SWT dan ditempatkan dalam kalangan orang beriman.

Banner lebar Pickt — aplikasi senarai beli-belah kolaboratif untuk Telegram

“Semoga keluarga tabah dan kuat dalam menghadapi ujian yang amat berat ini,” katanya dalam hantaran Facebook semalam.

Beliau berkata keutamaan pada masa ini adalah memastikan bantuan terbaik diberikan kepada keluarga dan semua yang terjejas.

Terdahulu, Fadhlina dan Ketua Pengarah Pendidikan Datuk Dr Mohd Azam Ahmad melawat keluarga pelajar di Hospital Rembau untuk memberikan sokongan. — Bernama

Banner selepas artikel Pickt — aplikasi senarai beli-belah kolaboratif dengan ilustrasi keluarga