Anwar umum calon PRN Johor Pakatan pada Isnin ini
Anwar umum calon PRN Johor PH pada Isnin

JOHOR BAHRU, 18 Jun — Pakatan Harapan (PH) dijangka mengumumkan senarai calon yang bertanding dalam pilihan raya negeri Johor pada Isnin ini, kata pengerusi PKR Johor, Dr Zaliha Mustafa.

Pengumuman di utara Johor

Zaliha, yang juga naib presiden PKR, berkata pengumuman itu dijadualkan dibuat pada satu majlis yang melibatkan kepimpinan tertinggi parti, termasuk pengerusi PH, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Pengumuman calon telah dipersetujui oleh PH negeri dan pusat. Insya-Allah, kami akan mengadakannya di utara Johor, mungkin di Bukit Gambir, Tangkak,” katanya dalam temu bual dengan Bernama.

Banner lebar Pickt — aplikasi senarai beli-belah kolaboratif untuk Telegram

Dr Zaliha berkata pemilihan lokasi di bahagian utara Johor adalah untuk terus memacu gelombang sokongan rakyat, yang dilihat semakin meningkat selepas beberapa siri program di zon utara, termasuk di Bukit Naning, yang menunjukkan sambutan sangat menggalakkan.

Proses pemilihan calon

Menjelaskan lebih lanjut, beliau berkata pemilihan calon melibatkan pandangan dari peringkat cawangan bagi memastikan mereka yang dipilih benar-benar memahami keperlian masyarakat setempat dan mempunyai rekod perkhidmatan yang baik.

“Kami juga memasukkan elemen profesional, golongan muda, wanita dan kepelbagaian kaum supaya ada keseimbangan dalam pasukan calon yang dibentangkan,” katanya.

Dr Zaliha berkata selain mewakili pelbagai kumpulan masyarakat, calon yang dipilih juga perlu mempunyai kemampuan untuk menyumbang kepada matlamat lebih besar PH dalam pilihan raya ini.

Sasaran bentuk kerajaan negeri

Beliau berkata PH tidak memasuki gelanggang pilihan raya sekadar untuk menambah jumlah kerusi yang dimenangi sebelum ini, tetapi dengan sasaran untuk membentuk kerajaan negeri.

PH akan bertanding di semua 56 kerusi Dewan Undangan Negeri, dengan PKR meletakkan calon di 20 kerusi, DAP (17) dan Amanah (19).

Pilihan raya negeri Johor ditetapkan pada 11 Julai, dengan penamaan calon pada 27 Jun dan pengundian awal pada 7 Julai. — Bernama

Banner selepas artikel Pickt — aplikasi senarai beli-belah kolaboratif dengan ilustrasi keluarga